Friday, September 23, 2016

Jalan-Jalan ke Kelantan dan Terengganu 1

Assalamualaikummm..


say ada mengemukakan cadangkan kat abah mursyid nak g berjalan ke terengganu cuti sekolah bulan 8. . haha sebabnya dalam Malaysia ni, negeri Terengganu je yang saya belum pernah sampai.. 
dari sabah sampai ke perlis semua dah sampai kecuali Terengganu.. 
disebabkan kesian kat bini dia yang tak pernah sampai terengganu, 
abah mursyid pun setuju nak ke terengganu.

kebetulan pulak, ofismate abah merangkap kwn lama mak n bapak mertua saya jemput pegi kenduri kawen anak sulung dia di kelantan.. jadinya sekali harung la orang kata.. 
alang2 g makan kenduri kat kelantan, lajak la p terengganu terus.

jadinya kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari rumah.. singgah gerik solat dan makan. 
saya dah siap2 masak untuk bekal makan tengahari.. 
jadi kami makan terus dekat masjid.. lepas makan kami teruskan perjalanan.. 
sampai kelantan dah petang..kami pergi makan siap-siap lepastu  terus ke hotel.. 
abah mursyid dah book habib hotel kota Bharu kat agoda. masuk check in, 
angkut barang masuk bilik mandi, solat dan tidurr..

Esok pagi kami check out , breakfast kat hotel , lepastu pegi shopping sikit dekat pasar siti khadijah. 

makan dulu sebelum jalan-jalan shopping

lepas selesai shopping, kami terus pergi rumah kenduri.. 

dan la bergambaq dengan pengantin ..mursyid mana ???haha

lepas makan kenduri, bergambaq dengan pengantin, salam2 mak ayah pengantin,
 kami pun terus gerak ke terengganu.. yeah yeah akhirnya mak mursyid nak jejak kaki ke bumi terengganu di usia 35 tahun.. hahaha 

alkisahnya mursyid sejenis budak yang hanya makan telur goreng dan ayam goreng. rumah kenduri mana nak ada menu wajib dia tu.. jadinya dia tak mau makan...

so masa singgah solat dekat masjid, saya buka tikaq sakti dan dapur sakti nak goreng teloq kat mursyid. nasib baik nasik saya masak siap2 dah masa kat hotel.. 
dok tau dah dia jenis payah makan..mak dia memang ready segala kemungkinan..

sengih tak kira dapat teloq goreng.. haha

lepas selesai mursyid makan dan solat kami sambung lagi perjalanan ke Terengganu.. 
kami singgah pantai Batu Rakit pekena Ikan Celup Tepung Pok Nong.. 

lepas tu kita menikmati keindahan pantai pulak laaaa.


tudiaaa pulun.. sampai nampak spenda biru.. hahaha




lepastu kami terus ke homestay yang abah mursyid dah book awal2.. 
tu pun nasib baik dapat homestay.. cuti2 sekolah ni semua penuh.. kebetulan abah ada kawan2 kat terengganu ni yang boleh tolong carikan homestay.. 
jadi kami terus ke sana.. sampai homestay terus mandi, dan rehat.. abah mursyid kelua p pasar malam pulak dengan mak n bapak mertua sy.. saya n mursyid tidooo.. letih kot..

Esok paginya, kami kelua breakfast dan pegi jalan-jalan kat pantai.. 


Lepastu kami balik siap-siap dan kami pergi shopping di Pasar payang

dia cukup berpuas hati dengan seketul bantal penyu itu.. 

orang lain sibuk shopping, dia sibuk ajak makan.. 

selesai shopping kat pasar payang, kami gerak ke Masjid Kristal pulak.. 


makan-makan sambil menikmati pemandangan indah..
Amad Mursyid ajak naik benda alah ni.. kami layan jela..



depa buleh singgah dok eksesaih tengah panaih litlit


Mursyid ajak opah naik pulak





hamboiii mak hang kemain posing.. kakaka




lepastu kami pegi nak naik cruise pulak.. tapi malangnya dah petang dia dah tutup.. 
esok pagi pulak la datang lagi..

jadi mak n bapak mertua ajak kami pegi rumah sepupu mak mertua saya yang dah lama tak jumpa.. so kami terus gerak ke sana.. saya dah tak ingat nama tempat tu..

alamak muka mursyid tak nampak la  pulak.. 

lepas makan-makan , sembang2 , salam2 kami pun gerak balik ke homestay kami.. 
sebelum tu singgah makan dulu. di pantai batu burok. dan si mursyid nampak pulak kereta kuda berhias cantek2.. 
ala2 cinderella gituh.. dia ajak g tengok pulak..








mak mertua chek macam cinderellaaa...


puas hati la dia..dapat naik kuda dan kereta kuda.. balik tidoq lena la no

lepas tu kami pon balik ke homestay..

pagi esok mak, bapak n abah mursyid je keluar breakfast.. 
lepas tu depa balik bawak balik makanan dan durian pulak dah..

raja buah kelihatan di atas meja...

hantua deriyan.. haha


muka puas dapat deriyan kunin.. lemak berkrim..

lepas makan durian, kami siap2 dan check out .. lepastu bersambung di entry seterusnyaa...